Letras de Sudirman
Letra de Merisik Khabar
Terkapar-kapar ku kelemasan
sakit dilambung ombak kerinduan
di dalam tidur di dalam jaga
diburu oleh mimpi yang serupa
mengapa aku jadi tak menentu
keranamu...
Ku menyusuri jalan berliku
membiarkan hari-hari berlalu
tiada salam tiada pesan
memaksa diri untuk melupakan
namun wajahmu bermain di mata ku
tiap waktu...
( korus )
malam ku suram, siang ku kelam
ku kegelisahan, mencari-cari
kemana pergi, harga diri ini
bertanyakan berita, merisik khabar
mendengar cerita, melaluinya
kau kuhampiri, tiap hari
bersama luka dihati
Mengapa aku jadi tak menentu
kerana mu...
( ulang korus )