Misha Omar Lyrics
Halaman Cinta Lyrics
Sekiranya ada rindu
Masih lagi diriku memerlukannya
Seperti malam merindukan bulan
Dan seperti siang tanpa cahayamu
Jika aku masih lagi
Di hatimu pasti kau ingin kembali
Memberi erti cinta dan membelai hatiku
Keangkuhanmu menggigit sanubari ini
Usaikanlah keraguanku ini
Bersitkan kembali madah yang telah terucap padaku
Gapaikanlah tanganku kembali
Dan jangan kau biarkan hati ini sendiri
Telah kuakui agungnya cintamu ini
Telah kusedari siapa diri ini
Andai cinta ada lagi
Pastinya bukan milik hatiku ini
Untuk kembali menggapai bahagia
Dan untuk bertakhta di halaman cinta
Suci bersemi