Bila ada masa lapang
Selalu aku terkenang
Oh gurindam tua
Syair pujangga
Cuba fikir jauh jauh
Sediakan tempat teduh
Oh khazanah lama
Dari malaya
Kalau melentur buluh
Biar dari rebungnya
Kalau tak sungguh sungguh
Yang rugi kita
Barang lama tetap berharga
Ramai yang sudah terlupa
Kalau tuan tidak sedarinya
Cuba dengar lagu ini
Ikan kekek mak iloi iloi
Ikan gelama mak ilai ilai
Dapat isteri cantiknya amboi
Tapi ketawa mengilai ngilai
Ikan kekek mak iloi iloi
Ikan gelama mak ilai ilai
Dapat laki merenyam amboi
Balik ke rumah kubuat sambal
Melodi yang dulu dulu
Tukar rentak bukan lagu
Oh alunan mesra
Muzik semasa
Kalau melentur buluh
Biar dari rebungnya
Kalau tak sungguh sungguh
Yang rugi kita
Barang lama tetap berharga
Ramai yang sudah terlupa
Kalau tuan tidak sedarinya
Cuba dengar lagu ini hey
Ikan kekek mak iloi iloi
Ikan gelama mak ilai ilai
Dapat isteri cantiknya amboi
Tapi ketawa mengilai ngilai
Ikan kekek mak iloi iloi
Ikan gelama mak ilai ilai
Dapat laki merenyam amboi
Balik ke rumah kubuat sambal
Awe masuk kampung
Mari usik anok daro
Muko pucat lesi
Mace ore setengoh gilo
Awe masuk kampung
Loncat loncat mace kero
Ingat ingat sokmo
Lagu zame dulo kalo
Ulik mayang di ulik
Ulik dengan jala gemala
Nak ulik mayang diulik
Ulik dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Puteri dua bersanggul sendeng