Dahulu kita masih bersama
Melawan lumrah dunia
Sehingga fajar menjelma
Namun kini tiada lagi
Berbaki kan memori
Yang tinggal hanyalah diri sendiri
Walaupun jalannya luas terbentang
Tetapi cahayanya tetap tidak terang
Masih tercari cari yang tersembunyi
Hakikatnya terletak jauh di sudut hati
Keranamu perjalanan kita terhenti di persimpangan
Terlalu banyak kata-kata
Yang ku tak mampu sertakan dalam perbualan demi menjaga perasaan
Namun tak pernah
Pula kau selami jiwa ini
Tapi bila tiba masanya
Yang dulu menjadi silam
Yang kini menjadi ilham
Sudah tak perlulah kau terangkan lagi
Kerana ku sudah khatam segala jalan ceritamu
Yang tak pernah lekok dengan ukiran lidah bercabangmu
Selimutkan lah kehidupan yang bercelaru
Tak selalu indah kerap kerap haru biru
Sampai bila engkau mahu khayal dalam dunia fana mu
Keranamu perjalanan kita terhenti di persimpangan
Terlalu banyak kata-kata
Yang ku tak mampu sertakan dalam perbualan demi menjaga perasaan
Namun tak pernah
Pula kau selami jiwa ini
Tapi bila tiba masanya
Yang dulu menjadi silam
Yang kini menjadi ilham