Dunia porak peranda
Akibat nafsu manusia
Yang berkuasa terus berkuasa
Yang lemah jadi mangsanya
Ketenangan dan kedamaian
Sukar untuk dirasakan
Matlamatnya untuk menghancurkan
Kesucian agama yang dikatakan keganasan
Yang tinggal hanyalah tangisan
Yang tinggal penderitaan
Yang tinggal ratapan raungan
Yang tinggal kehancuran
Dunia porak peranda
Akibat nafsu manusia
Yang berkuasa terus berkuasa
Yang lemah jadi mangsanya
Beribu janji keamanan
Bertimbunan kertas perjanjian
Berjuta nyawa kesengsaraan
Kerana manusia yang bertopengkan syaitan
Yang tinggal hanyalah tangisan
Yang tinggal penderitaan
Yang tinggal ratapan raungan
Yang tinggal kehancuran